Tuesday 28 February 2012

AKTIVITI MINGGU INI

Minggu ini saya sangat sibuk kerana saya terlibat dengan sebuah program yang telah dianjurkan oleh JAKSA kolej saya iaitu 'Kem Kepimpinan Jati Diri Highlanders' yang akan diadakan di Sekolah Menengah Teknik Jasin,Melaka pada hujung minggu ini.Jadi,pada setiap malam telah diadakan mesyuarat untuk merancang segala aktiviti yang akan diadakan di sana seperti Latihan Dalam Kumpulan(LDK),perlantikan fasilitator bagi setiap kumpulan,explorace dan sebagainya.Program ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari hari jumaat hingga ahad.Ini adalah kali pertama dalam hidup saya menjadi seorang fasilitator.Saya berharap program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Saturday 25 February 2012

KEHIDUPANKU


Nama diberi Noor Amirah oleh ibu bapa saya.Kini saya berumur 20 tahun.Saya dilahirkan di Hospital Besar Kajang,Selangor.Walaupun saya dilahirkan di negeri Selangor,tetapi saya telah dibesarkan di negeri Melaka.Saya kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dalam tahun 1.


Ini adalah seluruh keluarga saya.Saya mempunyai 5 orang adik-beradik dan saya merupakan anak yang ketiga.Ayah saya bernama Yusof bin Othman.Beliau bekerja sebagai seorang guru di SMK Pernu.Ibu saya pula bernama Rohani bte Abdullah.Beliau bekerja sebagai seorang kerani di Pejabat Pos Besar Melaka.Kakak yang sulung bernama Syazwani.Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kewangan dalam tahun akhir di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Abang saya pula bernama Mohd.Asyraf.Beliau sedang menyambung pengajian beliau di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Kejuruteraan.Adik saya yang keempat bernama Mohd.Nor Hakim.Beliau kini bersekolah di SMK Telok Mas,Melaka di tingkatan 4.Adik saya yang bongsu pula bernama Mohd.Zakwan.Beliau kini berada di darjah 4 di SK Datuk Haji Baginda,Umbai,Melaka.




Berikut merupakan tempat-tempat yang telah banyak berjasa kepada saya sehingga saya berjaya hingga ke tahap ini.Saya mula mendapat pendidikan awal di SK Datuk Haji Baginda,Umbai,Melaka daripada darjah 1-6.Kemudian,saya menyambung pengajian saya di SMK Tinggi Perempuan Melaka daripada tingkatan 1-5. Seterusnya,saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam bidang perakaunan selama setahun.Setelah mendapat keputusan yang agak cemerlang,saya telah memohon untuk menyambung pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Mungkin sudah rezeki saya di UKM,saya telah menerima tawaran untuk menyambung pengajian di universiti yang telah saya idam-idamkan selama ini dalam bidang Pengurusan Perniagaan.Di UKM,saya telah menetap di Kolej Ibrahim Yaakob yang merupakan 'highlanders' UKM.