Monday 28 May 2012

PRESENTATION

Esok saya ada 2 presentation iaitu subjek Aplikasi Komputer dan Academic Communication.Saya juga ada kuiz Merketing pada petang esok.Saya harap saya dapat melakukannya dengan baik.Pada minggu ini juga saya sangat sibuk dengan presentation,projek paper dan saya juga terlibat dengan Karnival Keusahawanan anjuran CESMED

Tuesday 22 May 2012

DINNER 2011/2012


Pada hari Isnin yang lepas bersamaan 21/5/2012 saya telah menghadirkan diri ke dinner anjuran kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob(KIY) di DECTAR.Tema yang telah ditetapkan untuk dinner ini ialah 'Red Carpet'.Majlis bermula pada pukul 8.30 malam.Pelbagai hidangan telah disediakan seperti puding,ayam goreng,kari daging dan sebagainya.Pelbagai pertunjukan telah diadakan seperti tarian dan nyanyian.Di akhir majlis,telah diadakan nombor cabutan bertuah.Seramai 10 orang pemenang telah dipilih dan diberikan hamper







Friday 18 May 2012

ICONIA TAB A200


Dari segi reka bentuk luarannya,tablet Iconia Tab A200 tampil dengan ciri melengkung pada setiap penjuru.
Bahagian belakang yang menggunakan bahan getah lembut menjadikannya ia mudah dipegang dan tidak meningglkan kesan cap jari.
Di sebalik kepekaan Acer menghasilkan komputer tablet dengan reka bentuk ringkas dan mudah digunakan,Iconia Tab A200 dengan ketebalan 17 milimeter agak berat iaitu pada timbngan 715 gram dan boleh mengakibatkan tangan lenguh apabila dipegang terlalu lama.
Namun,paparan yang berukuran 10.1 inci menjadikan tontonan fail video pengalaman menyeronokkan khususnya ketika anda sedang mengembara.
Pada resolusi piksel 1280 x 800 dengan ciri definisi tingga 1080p,Iconia Tab A200 boleh diklasifikasikan sebagai teman perniagaan anda kerana peranti ini mampu melakukan persembahan multimedia yang baik kepada pelanggan.
Tablet Acer ini juga didatangkan bersama perisian khas seperti sistem mengunci skrin dan hab penanda alamat laman web yang sering dilawati.
Sistem kamera A200 pula dilengkapi dengan ciri 2 megapiksel termasuk kamera depan.Bagaimanapun, sedikit mengecewakan kerana ia tidak dilengkapi kamera belakang.
Jika dibandingkan visual video dan imej pegun,kualiti visual kelihatan lebih menonjol dan lancar,khususnya jika digunakan untuk perbualan video.
Prestasi operasi tablet amat penting bagi memastikan produk yang dimiliki mampu membantu aktiviti tugasan yang diinginkan.
Acer Iconia Tab A200 tidak mengecewakan kerana ia dilengkapi prosesor Nvidia Tegra 2 dan cip kembar dua teras 1GHz.
Dalam erti kata lain,Iconia Tab A200 adalah peranti yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan permainan video,menikmati alunan muzik dan melayari web.
Reka bentuknya yang mesra pengguna diperkukuhkan lagi dengan komponen storan MicroSD dan beberapa kekurangan boleh ditingkatkan dengan ciri nilai tambah bermutu.
Secara keseluruhan,Iconia Tab A200 adalah produk tablet biasa dan jika dibandingkan dengan iPad baru mahu pun iPad2,ia jauh ketinggalan.
Namun,tablet yang lebih murah imi mampu menjadi pembantu peribadi atau pembantu pejabat yang sangat berkesan.

BERCUTI

Pada hari sabtu yang lepas,saya sekeluarga pergi bercuti di Pantai Air Papan,Mersing Johor. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi. Terlebih dahulu kami pergi menjemput kakak saya yang belajar UNITEN Muadzam Shah kerana beliau telah menamatkan pengajian beliau di sana. Seterusnya,kami meneruskan perjalanan ke Mersing.Lebih kurang pukul 5 petang,kami sampai ke tempat yang ingin dituju.Kami menyewa  Teluk Godek Beach Resort.Resort tersebut terletak betul-betul di hadapan pantai.Pantai di Air Papan juga sangat bersih dan cantik.Kami bercuti selama 2 hari.Setelah membeli-belah di pekan Mersing,kami bertolak balik ke rumah.










Tuesday 15 May 2012

KOMPUTER RIBA MUSIM BUNGA


Pengeluar produk digital terkemuka dunia,Asus baru-baru ini memperkenalkan model komputer riba ultra Zenbook terbaru,Rose Gold dan Hot Pink.
Rangkaian produk pengkomputeraan itu didatangkan bersama kelebihan skrin bersaiz 27 inci dan dilengkapi teknologi diod pemancar cahaya (LED).
Pemilihan tema ultra Zenbook Rose Gold dan Hot Pink berwarna merah jambu dan emas bertepatan dengan suasana musim bunga kini.
Mempunyai reka bentuk fizikal menarik,model terbaru itu juga hanya setebal 0.35 inci di bahagian belakang dan 0.11 inci bahagian hadapan.
Selain itu,ia juga dilengkapi pemproses Intel Core i7,storan SATA Revision 3.0 solid state(SSD),Bluetooth 4.0 dan USB 3.0 serta teknologi ASUS-patented Super Hybrid Engine II yang memberi penjimatan hayat bateri sehingga 25 peratus berbanding rangkaian ultra book lain.
Bagi teknologi skrinnya pula,ia memberi kesan pencahayaan visual lebih terang disempurnakan bersama resolusi QHD bersaiz 2560X1440.
Skrinnya yang bersaiz 27 inci menjadikan model terbaru itu adalah 25 peratus lebih kecil berbanding skrin generik WFHD yang diperkenalkan sebelum ini dengan sudut pandang menegak dan melintang 178 darjah.
Panel LED belakangnya pula disempurnakan bersama 100 peratus warna RGB bagi membolehkan penglibatan warna yang minimum dan mengagumkan.
Disyorkan kepada pengguna daripada kalangan artis professional dan jurugambar,komputer riba itu mempunyai fungsi ekslusif QuickFit Virtual Scale untuk tujuan mengedit foto pada skrin dengan saiz sebenar
Rekaannya yang ergonomik pula boleh diselaraskan mengikut cita rasa pengguna

PERALATAN ELEKTRIK PERTAMA DUNIA


Melihat kepada peralatan elektrik dan elektronik yang canggih,ada antaranya tidak pernah kita ketahui asal usulnya.Terdapat beberapa model peralatan elektronik yang dihasilkan oleh pereka asal pula kemudiannya diubah suai dan digunakan sehingga ke hari ini.
Model asal tentu saja tidak sempurna seperti sekarang kerana hampir semuanya berukuran besar dan tidak lagi praktikal digunakan.
Televisyen awal mempunyai banyak penyumbang kerana kerja pencipta televisyen berdasarkan perkembangan tenaga elektrik dan jurutera.
Antara pereka yang menyumbang kepada rekaan televisyen ialah John Logie Baird seorang jurutera dan pencipta sistem televisyen pertama di dunia di Hastings,England pada 1923.
Satu demonstrasi awam kemudiannya diadakan di pusat beli-belah Selfridges di London,England pada Mac 1925.
Ia cukup berjaya dikomersialkan dan BBC memulakan siaran televisyen pertama di dunia pada Januari 1929 menggunakan sistem Baird.
"Pesawat televisyen"Baird adalah satu sistem elektro mekanikal menggunakan cakera berputar yang dipanggil cakera Nipkow.
Ia mengambil nama Paul Nipkow,pencipta Jerman yang mempatenkan cakera pada 1885 sebagai satu cara menangkap imej untuk penghantaran telegraf.
Pada 1927,isyarat televisyen jarak jauh dihantar lebih daripada 705 km menerusi talian telefon di antara London dan Glasgow.
Nama Baird tercatat dalam sejarah kerana memancarkan gambar televisyen jarak jauh yang pertama di dunia dari Central Station Glasgow

Thursday 3 May 2012

BERCUTI DI SEREMBAN

Pada hari khamis yang lepas,rakan saya iaitu Puteri Naquiah Nadhirah telah mengajak saya dan rakan-rakan untuk pergi bermalam di rumah beliau di Seremban,Negeri Sembilan.Kami bertolak daripada UKM pada pukul 6.30 petang kerana kereta yang kami ingin sewa mengalami kerosakan.Sepanjang perjalanan,saya berasa sangat seronok kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan saya kerana sebelum-sebelum ini,kami tidak dapat meluangkan masa bersama-sama memandangkan kami sangat sibuk dengan pelbagai program dan pelajaran kami.Sebelum tiba di Seremban,kami singgah di Restoran Warisan,Kuala Pilah untuk menikmati hidangan makan malam.Restoran tersebut sangat cantik dan mendamaikan kerana ianya terletak di tengah-tengah sawah padi.Selepas itu,kami pulang ke rumah Puteri untuk berjumpa dengan keluarga beliau dan seterusnya menunaikan solat sebelum kami keluar semula untuk berjalan-jalan di Seremban sambil bergambar.Pada keesokan harinya,Puteri membawa kami berjalan-jalan di Terminal One dan menikmati Nasi Arab sebagai hidangan makan malam.Kami tiba di UKM pada pukul 9 malam.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil dan merupakan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan