''AKU BUKANLAH SESEORANG YANG DILAHIRKAN UNTUK MENJADI SEORANG PENULIS''
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Monday, 28 May 2012
PRESENTATION
Esok saya ada 2 presentation iaitu subjek Aplikasi Komputer dan Academic Communication.Saya juga ada kuiz Merketing pada petang esok.Saya harap saya dapat melakukannya dengan baik.Pada minggu ini juga saya sangat sibuk dengan presentation,projek paper dan saya juga terlibat dengan Karnival Keusahawanan anjuran CESMED
Tuesday, 22 May 2012
DINNER 2011/2012
Pada hari Isnin yang lepas bersamaan 21/5/2012 saya telah menghadirkan diri ke dinner anjuran kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob(KIY) di DECTAR.Tema yang telah ditetapkan untuk dinner ini ialah 'Red Carpet'.Majlis bermula pada pukul 8.30 malam.Pelbagai hidangan telah disediakan seperti puding,ayam goreng,kari daging dan sebagainya.Pelbagai pertunjukan telah diadakan seperti tarian dan nyanyian.Di akhir majlis,telah diadakan nombor cabutan bertuah.Seramai 10 orang pemenang telah dipilih dan diberikan hamper
Friday, 18 May 2012
BERCUTI
Pada hari sabtu yang lepas,saya sekeluarga pergi bercuti di Pantai Air Papan,Mersing Johor. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi. Terlebih dahulu kami pergi menjemput kakak saya yang belajar UNITEN Muadzam Shah kerana beliau telah menamatkan pengajian beliau di sana. Seterusnya,kami meneruskan perjalanan ke Mersing.Lebih kurang pukul 5 petang,kami sampai ke tempat yang ingin dituju.Kami menyewa Teluk Godek Beach Resort.Resort tersebut terletak betul-betul di hadapan pantai.Pantai di Air Papan juga sangat bersih dan cantik.Kami bercuti selama 2 hari.Setelah membeli-belah di pekan Mersing,kami bertolak balik ke rumah.
Thursday, 3 May 2012
BERCUTI DI SEREMBAN
Pada hari khamis yang lepas,rakan saya iaitu Puteri Naquiah Nadhirah telah mengajak saya dan rakan-rakan untuk pergi bermalam di rumah beliau di Seremban,Negeri Sembilan.Kami bertolak daripada UKM pada pukul 6.30 petang kerana kereta yang kami ingin sewa mengalami kerosakan.Sepanjang perjalanan,saya berasa sangat seronok kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan saya kerana sebelum-sebelum ini,kami tidak dapat meluangkan masa bersama-sama memandangkan kami sangat sibuk dengan pelbagai program dan pelajaran kami.Sebelum tiba di Seremban,kami singgah di Restoran Warisan,Kuala Pilah untuk menikmati hidangan makan malam.Restoran tersebut sangat cantik dan mendamaikan kerana ianya terletak di tengah-tengah sawah padi.Selepas itu,kami pulang ke rumah Puteri untuk berjumpa dengan keluarga beliau dan seterusnya menunaikan solat sebelum kami keluar semula untuk berjalan-jalan di Seremban sambil bergambar.Pada keesokan harinya,Puteri membawa kami berjalan-jalan di Terminal One dan menikmati Nasi Arab sebagai hidangan makan malam.Kami tiba di UKM pada pukul 9 malam.
Antara gambar-gambar yang sempat diambil dan merupakan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan
Sunday, 22 April 2012
LAWATAN KE ASWARA
Pada hari khamis yang lepas,saya berpeluang mengikuti program Lawatan Sambil Belajar ke Aswara.Program ini dianjurkan oleh JAKSA kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob.Seawal jam 6.30 pagi kami berkumpul dan seterusnya bertolak ke Aswara.Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Aswara.Aswara merupakan sebuah universiti yang hanya menawarkan program yang berkaitan kebudayaan sahaja seperti teater,tarian,muzik dan lakonan.Kami berpeluang melawat keseluruhan kawasan di Aswara di samping melihat latihan-latihan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Aswara.Pada sebelah malam pula,kami berpeluang menonton teater Endeng Tejeli yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar di Aswara.Kami bertolak pulang ke UKM pada jam 11 malam.
Gambar-gambar yang sempat diambil
Menonton latihan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Aswara
Salah satu watak yang terdapat dalam pementasan teater Endeng Tejeli
Tuesday, 17 April 2012
HARI YANG MENDEBARKAN
Hari ini merupakan hari yang sangat berdebar-debar dalam diri saya kerana hari ini saya ada 2 exam iaitu kuiz untuk subjek Aplikasi Komputer dan Information Sharing bagi Academic Communication.Tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Pada hujung minggu ini juga saya akan menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Makroekonomi dan Pengantar Pemasaran.Saya harap saya dapat buat dengan baik.Insyallah....
Wednesday, 4 April 2012
PRESENTATION POWERPOINT
Semalam saya ada presentation aplkasi komputer.1 kumpulan 2 orang.Partner saya ialah Ekin.Kitorang kene present tajuk 'Advantages and Disadvantages of Sosial Networking'.Kami juga diminta untuk membuat video pengenalan diri dan berkaitan tajuk yang dibuat.Kitorang sampai kelas lambat sikit semalam.Sampai-sampai kelas je,baru duduk sekejap,nama dah kene panggil untuk present.Terperanjat kitorang.Kitorang baru nak cuba buka video dekat makmal komputer.Tapi tak sempat.Bila dah ada kat depan,video kitorang tak boleh buka.Sedih dan kecewa pada masa itu.Nak buat macam mana kan?Dah bukan rezeki kami.Pasrah je lah.Lepas itu,kitorang present je apa yang ada.Lecturer tak ada comment apa-apa pun berkaitan presentation kami.
Thursday, 22 March 2012
SYARAHAN PERDANA PROFESOR
Pada pagi tadi saya berpeluang untuk mendengar Syarahan Perdana Profesor yang disampaikan oleh Prof.Dr.Rahmah Ismail di Dewan Senat Bangunan Canselori.Syarahan yang disampaikan bertajuk "Modal Manusia dalam Pembangunan Ekonomi Memacu Produktiviti dan Daya Saing".Naib Canselor,Timbalan-Timbalan Naib Canselor,Ahli Senat,Dekan dan Pensyarah-Pensyarah daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP) juga hadir untuk mendengar syarahan tersebut.Pensyarah makroekonomi kami,Dr.Doris yang mengarahkan kami untuk pergi mendengar syarahan tersebut.Setibanya di sana,saya sangat teruja melihat dewan tersebut kerana pertama kali dalam hidup saya menjejakkan kaki dalam dewan seperti itu kerana dewan tersebut seperti di Parlimen yang sebelum ini saya hanya mampu melihat di dalam tv ketika dewan bersidang.Sebelum pergi,saya hanya menjangkakan kami akan mendengar syarahan tersebut di dewan yang biasa-biasa sahaja seperti yang kami masuk sebelum ini.Pelbagai input yang saya dapat berkaitan ekonomi negara kita setelah mendengar syarahan tersebut.Sebelum keluar daripada dewan tersebut,kami sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan serta sebagai bukti kami pernah masuk ke dalam dewan tersebut kerana bagi saya bukan mudah untuk masuk ke dalam dewan tersebut melainkan ada program-program seperti ini.
Tuesday, 6 March 2012
FUTSAL TIME!!!
Semalam harapan aku untuk bermain futsal tercapai.Tiba-tiba ada akak senior ajak main futsal.Aku apa lagi.On je lah.Aku memang dah lama teringin nak main futsal.Tapi tak ada kawan yang nak diajak main.Kitorang main kat kolej kitorang je.Disebabkan dah lama tak bersukan,semalam walaupun baru main 1 jam dah tersangat-sangat penat.Disebabkan minat dan peluang yang tak akan dapat untuk kali kedua,gagahkan diri juga untuk teruskan bermain.Akhirnya harapan aku untuk bermain futsal tercapai.Terima kasih kak syima sebab ajak saya main futsal...=)
Tuesday, 28 February 2012
AKTIVITI MINGGU INI
Minggu ini saya sangat sibuk kerana saya terlibat dengan sebuah program yang telah dianjurkan oleh JAKSA kolej saya iaitu 'Kem Kepimpinan Jati Diri Highlanders' yang akan diadakan di Sekolah Menengah Teknik Jasin,Melaka pada hujung minggu ini.Jadi,pada setiap malam telah diadakan mesyuarat untuk merancang segala aktiviti yang akan diadakan di sana seperti Latihan Dalam Kumpulan(LDK),perlantikan fasilitator bagi setiap kumpulan,explorace dan sebagainya.Program ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari hari jumaat hingga ahad.Ini adalah kali pertama dalam hidup saya menjadi seorang fasilitator.Saya berharap program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Saturday, 25 February 2012
KEHIDUPANKU
Nama diberi Noor Amirah oleh ibu bapa saya.Kini saya berumur 20 tahun.Saya dilahirkan di Hospital Besar Kajang,Selangor.Walaupun saya dilahirkan di negeri Selangor,tetapi saya telah dibesarkan di negeri Melaka.Saya kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dalam tahun 1.
Ini adalah seluruh keluarga saya.Saya mempunyai 5 orang adik-beradik dan saya merupakan anak yang ketiga.Ayah saya bernama Yusof bin Othman.Beliau bekerja sebagai seorang guru di SMK Pernu.Ibu saya pula bernama Rohani bte Abdullah.Beliau bekerja sebagai seorang kerani di Pejabat Pos Besar Melaka.Kakak yang sulung bernama Syazwani.Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kewangan dalam tahun akhir di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Abang saya pula bernama Mohd.Asyraf.Beliau sedang menyambung pengajian beliau di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Kejuruteraan.Adik saya yang keempat bernama Mohd.Nor Hakim.Beliau kini bersekolah di SMK Telok Mas,Melaka di tingkatan 4.Adik saya yang bongsu pula bernama Mohd.Zakwan.Beliau kini berada di darjah 4 di SK Datuk Haji Baginda,Umbai,Melaka.
Berikut merupakan tempat-tempat yang telah banyak berjasa kepada saya sehingga saya berjaya hingga ke tahap ini.Saya mula mendapat pendidikan awal di SK Datuk Haji Baginda,Umbai,Melaka daripada darjah 1-6.Kemudian,saya menyambung pengajian saya di SMK Tinggi Perempuan Melaka daripada tingkatan 1-5. Seterusnya,saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam bidang perakaunan selama setahun.Setelah mendapat keputusan yang agak cemerlang,saya telah memohon untuk menyambung pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Mungkin sudah rezeki saya di UKM,saya telah menerima tawaran untuk menyambung pengajian di universiti yang telah saya idam-idamkan selama ini dalam bidang Pengurusan Perniagaan.Di UKM,saya telah menetap di Kolej Ibrahim Yaakob yang merupakan 'highlanders' UKM.
Subscribe to:
Posts (Atom)














