Thursday 29 March 2012

LG Optimus 4X HD

SELEPAS sukses dengan beberapa siri Optimus sebelum ini, LG terus mengorak langkah memperkenalkan produk terbaru telefon pintar mereka bagi portfolio yang sama. Kali ini, syarikat teknologi itu mempertaruhkan pula model LG Optimus 4X HD dengan sokongan pemproses empat teras NVIDIA Tegra 3, 1.5 GHz dikombinasikan bersama paparan definisi tinggi, True HD. Menurut presiden LG Mobile Communications, Dr. Jong-seok Park, pengenalan produk selular dengan keupayaan pemproses empat teras itu bakal memberi keunikan daripada segi kelancaran operasi dan pengalaman multimedia terbaik. Secara asasnya, NVIDIA Tegra 3 merupakan satu-satunya pemproses mobiliti 4-PLUS-1 empat teras yang menawarkan prestasi multimedia peringkat tinggi serta penjimatan bateri maksimum. Daripada segi kualiti paparan pula, teknologi True HD bakal memberi kesan visual resolusi tinggi dan jelas tanpa sebarang gangguan warna atau bentuk. Spesifikasi lainnya, Optimus 4X HD dipacu menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan memori binaan dalam 16 gigabit (GB). Untuk fungsi multimedianya, peranti berkenaan dilengkapi kamera beresolusi lapan megapiksel dan lampu flash LED. Mengiringi kecemerlangan fungsinya, reka bentuk luaran model itu turut tidak menghampakan di mana ia mengaplikasi material berkualiti dan mempunyai kemasan cukup elegan senipis 8.9 milimeter.

Thursday 22 March 2012

SYARAHAN PERDANA PROFESOR

Pada pagi tadi saya berpeluang untuk mendengar Syarahan Perdana Profesor yang disampaikan oleh Prof.Dr.Rahmah Ismail di Dewan Senat Bangunan Canselori.Syarahan yang disampaikan bertajuk "Modal Manusia dalam Pembangunan Ekonomi Memacu Produktiviti dan Daya Saing".Naib Canselor,Timbalan-Timbalan Naib Canselor,Ahli Senat,Dekan dan Pensyarah-Pensyarah daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP) juga hadir untuk mendengar syarahan tersebut.Pensyarah makroekonomi kami,Dr.Doris yang mengarahkan kami untuk pergi mendengar syarahan tersebut.Setibanya di sana,saya sangat teruja melihat dewan tersebut kerana pertama kali dalam hidup saya menjejakkan kaki dalam dewan seperti itu kerana dewan tersebut seperti di Parlimen yang sebelum ini saya hanya mampu melihat di dalam tv ketika dewan bersidang.Sebelum pergi,saya hanya menjangkakan kami akan mendengar syarahan tersebut di dewan yang biasa-biasa sahaja seperti yang kami masuk sebelum ini.Pelbagai input yang saya dapat berkaitan ekonomi negara kita setelah mendengar syarahan tersebut.Sebelum keluar daripada dewan tersebut,kami sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan serta sebagai bukti kami pernah masuk ke dalam dewan tersebut kerana bagi saya bukan mudah untuk masuk ke dalam dewan tersebut melainkan ada program-program seperti ini.

LEDAKAN FENOMENA NEW IPAD

SAMA saja seperti sebelumnya, apa saja produk Apple yang dilancarkan, bagaikan suatu kewajipan peminat tegar Apple dan Steve Jobs beratur panjang untuk mendapatkannya. Begitu juga dengan produk iPad terkini, yang dilancarkan dan dijual di beberapa negara sejak 16 Mac lalu di 10 negara iaitu United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jerman, Perancis, Switzerland, Hong Kong, Singapura, Australia dan Jepun (pelancaran di Malaysia belum ditentukan lagi). Bilangan mereka yang memesan secara dalam talian pada 7 Mac lalu (walaupun produk belum berada di pasaran) amat memberangsangkan sehinggakan pihak Apple hanya dapat menghantarnya pada 19 Mac bagi mereka yang memesan lewat. Memetik akhbar New York Times pada 12 Mac lalu, jurucakap Apple, Trudy Muller berkata, sambutan pelanggan terhadap iPad baru amat memberangsangkan. "Pembelian berdasarkan siapa cepat dia dapat di kedai Apple dan kedai yang mengambil bahagian," katanya. Malah menurut USA Today, pihak Apple telah mengehadkan tempahan dengan dua unit bagi setiap pembeli, malah pihaknya terpaksa menaik taraf laman webnya akibat terlalu ramai pengunjung. Semuanya ekoran prapelancaran iPad baru pada 8 Mac lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook di Yerba Buena Center for the Arts, San Francisco, AS. Walaupun prapelancaran tablet baru iPad adalah majlis tertutup dengan jemputan terhad dan tiada siaran langsung tetapi peminat Apple telah menunggu sejak awal pagi untuk mengetahui mengenai produk terbaru itu. Bagi membezakannya dengan iPad (generasi pertama) dan iPad 2, ia hanya dipanggil iPad baru. Walau apa pun namanya, peminat tegar Apple tentu saja tidak sabar-sabar mahu menyentuh produk terbaru ini bagi meneroka kelebihan yang ditawarkannya berbanding iPad 2 dan iPad generasi pertama.

Monday 12 March 2012

TELEFON PINTAR MAMPU MILIK

KEBANYAKAN produk telefon bimbit pintar yang terdapat di pasaran hari ini dijual pada harga tidak kurang daripada RM1,500. Dengan kos yang boleh dikategorikan sebagai tinggi itu, hanya individu yang mampu sahaja boleh memiliki dan menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang tawarkan. Membuka peluang yang sama kepada semua rakyat negara ini, sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd. memperkenalkan telefon pintar mampu milik dikenali M3 Communicator. Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mudah dengan kos yang minimum. ''Kami memberi fokus kepada apa yang diperlukan oleh pelanggan. Telefon ini menawarkan perkhidmatan dan aplikasi terbaik sama seperti telefon pintar yang lain,'' katanya pada pelancaran model itu di ibu negara baru-baru ini. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. Peranti komunikasi pertama keluaran syarikat tersebut dipacu oleh sistem operasi Android dengan sokongan kuasa pemproses 650 MHz. Ia hadir bersama skrin sentuh QVGA bersaiz 2.6 inci, memori SRAM 256 megabit (MB) dan memori binaan luar sehingga 32 gigabit (GB) menggunakan kad microSD. Spesifikasi lainnya, ia disokong oleh capaian rangkaian WCDMA 3.75 HSPA, akses Wi-fi, sistem penentu kedudukan global (GPS), Bluetooth 4.0 dan menyokong teknologi Near Field Communication (NFC). Menerusi NFC, pengguna boleh berkongsi pelbagai kandungan multimedia seperti muzik, foto dan kontak bersama peranti yang mempunyai teknologi sama di samping membuat transaksi pembayaran secara maya. Sesuatu yang menarik mengenai M3 Communicator, ia dibangun dan dipasang sepenuhnya di negara ini. Produk yang bakal memasuki pasaran tempatan menjelang April ini didatangkan secara pakej bersama perkhidmatan data DMD Mobile untuk pengguna prabayar serendah RM10 sebulan. Kemudahan itu bakal membolehkan pengguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan Internet seperti pelayaran web, capaian laman sosial, e-mel dan berborak secara dalam talian (IM). Dengan segala kelebihan tersebut, M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

GENERASI BARU XPERIA

MEMBAWA penjenamaan baru dalam rangkaian produk telefon bimbit pintarnya, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan beberapa lagi model terkini dalam portfolio Xperia NXT (disebut sebagai Next). Diumum ketika acara Mobile World Congress yang berlangsung di Barcelona, model-model tersebut termasuk Xperia S, Xperia P dan Xperia U. Kesemua model itu dikombinasi bersama reka bentuk lebih segar dengan sokongan teknologi hiburan berkuasa sesuai untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini. Secara asasnya, platform Xperia NXT boleh diintegrasikan bersama fungsi hiburan premium daripada Sony yang terdapat pada peranti televisyen, komputer riba serta tablet. Untuk paparan antara muka pula, Xperia NXT menawarkan pengalaman akses lebih mudah menerusi capaian aplikasi seperti permainan muzik, video dan foto daripada skrin utama. Bagi model Xperia S, ia dilengkapi paparan skrin resolusi tinggi (HD) dengan teknologi Sony HD selain pemproses dua teras 1.5 GHz dan kamera 12 megapiksel. Bagi penggemar permainan video pula, gajet ini tersedia bersama aplikasi permainan konsol PlayStation Store. Sementara Xperia P pula hadir bersama sokongan paparan skrin berkecerahan tinggi yang mengaplikasikan teknologi WhiteMagic. Binaan rangka luarnya yang diperbuat daripada material aluminium menjadikan model berkenaan kelihatan cukup elegan. Melihat spesifikasi Xperia U, ia disempurnakan dengan keupayaan hiburan maksimum bersama rekaan kompak dan ringkas. Tidak cukup dengan itu, kedua-dua Xperia P dan dan Xperia U turut dipacu enjin paparan realiti Mobile BRAVIA selain sistem pemproses dua teras. Xperia S bakal memasuki pasaran dunia menjelang suku pertama tahun 2012 sementara Xperia U dan P akan menemui pengguna pada suku kedua tahun ini.

Tuesday 6 March 2012

FUTSAL TIME!!!

Semalam harapan aku untuk bermain futsal tercapai.Tiba-tiba ada akak senior ajak main futsal.Aku apa lagi.On je lah.Aku memang dah lama teringin nak main futsal.Tapi tak ada kawan yang nak diajak main.Kitorang main kat kolej kitorang je.Disebabkan dah lama tak bersukan,semalam walaupun baru main 1 jam dah tersangat-sangat penat.Disebabkan minat dan peluang yang tak akan dapat untuk kali kedua,gagahkan diri juga untuk teruskan bermain.Akhirnya harapan aku untuk bermain futsal tercapai.Terima kasih kak syima sebab ajak saya main futsal...=)

Monday 5 March 2012

KEM MOTIVASI JATI DIRI HIGHLANDERS



Pada 2,3,4 Mac yang lepas kami telah pergi ke SM Teknik Jasin,Melaka.Kami telah menjalankan program 'Kem Motivasi Jati Diri Highlanders'.Alhamdulillah.Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.Pelajar-pelajar kat sana memang sangat-sangat sporting dan aktif.Antara aktiviti-aktiviti dilakukan ialah Ice Breaking,Kuiz Cepat Pantas,Explorace,Cintai Tanah Airku,Matlamat Kumpulan,Telefon Rosak,Tazkiyyatun Nafs dan Qiamulail.Saya telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator untuk kumpulan 1.Kalau nak tau,diorang mempunyai nama gelaran yang bermacam-macam.Ada tupai,YB,tiger dan macam-macamlah.Pelikkan??Biasalah.Kehidupan di asrama memang macam tu.Sepanjang program di sana,kami faci-faci dah anggap mereka macam adik kami sendiri kerana kami sangat-sangat rapat.Sebab itu,selepas program selesai ramai yang sedih.Sampaikan diorang tak bagi kitorang balik lagi.Yang sangat terharunya,para pelajar lelaki sanggup ikut faci-faci lelaki berjalan ke bas untuk berjumpa buat kali terakhir walaupun asrama mereka dengan bas sangat jauh.Ada juga beberapa orang pelajar yang sangup kejar bas kami untuk melambai tangan kepada kami.Sangat-sangat terharu dan sedih untuk tinggalkan diorang.Korang memang terbaik ar.Insyallah kalau ada kesempatan,kita akan berjumpa lagi.

Antara gambar-gambar yang sempat ditangkap...=)


Pelajar-pelajar tingkatan 4


Barisan fasilitator 1st year


Rintangan yang perlu dilalui oleh para peserta dalam explorace


Kena ikat kaki ye dik!!!


Slot 'Cintai Tanah Airku'.Mereka diminta untuk membuat bendera Malaysia


Senaman pagi







Facilitator lelaki 1st year


Gambar kenangan barisan fasilitator dan para pelajar...
Rindu korang semua...=)