Monday 30 April 2012

PERTANDINGAN RUBIC CUBE


Pada hari Ahad yg lepas bersamaan 22/4/2012,saya telah menyertai program 'Rubic Cube Competition' anjuran Kelab Pengurusan Perniagaan.Saya telah dilantik menjadi AJK Cendermata.Majlis bermula pada pukul 1 tgh hingga 5 ptg.Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang mendaftar untuk masuk ke pertandingan ini.1 jam yang pertama,setiap peserta diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menyelesaikan rubic cube tersebut.Selepas itu,pertandingan dimulakan.Kami telah membahagikan peserta kepada 3 kumpulan.Pemenang bagi setiap kumpulan akan bertandingan sekali lagi pada peringkat akhir.Pemenang diberikan hadiah berupa wang tunai dan sijil.




 MC
 AJK-AJK yang terlibat

 Bergambar bersama para peserta
 Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini

Pemenang

Wednesday 25 April 2012

PENCETAK SEMUA DALAM SATU

Menguruskan pejabat bukan kerja mudah ditambah dengan persekitaran untuk mengendalikan pencetak terlalu kerap menambah bebanan sedia ada.
Penggunaan pencetak di sesebuah pejabat dilihat amat penting,malah boleh dianggap sebagai penggerak yang mana tanpanya pasti segala urusan pejabat akan tergendala.
Menyedari pentingnya sesebuah pencetak,Canon yang juga peneraju dalam teknologi pencetakan menawarkan pencetak versi baru yang lebih berkesan dalam melaksanakan pelbagai tugasan.
Dikenali sebagai Pixma E600,ia merupakan antara versi terbaru bagi pencetak terkenal Canon iaitu Pixma E500 semua dalam satu.
Menurut Pengarah Jabatan Sistem Produk Pelanggan,Canon Marketing (Malaysia) Sdn.Bhd,Donny Ling,model terbaru itu memiliki lebih banyak kelebihan berbanding siri sebelumnya.
''Selain mencetak,Pixma E600 juga mampu menghantar faks,dengan sedikit kelebihan padanya iaitu pencetak berkenaan mampu melindungi dokumen sulit sekiranya tersalah faks melalui aplikasi khas yang dibina.''Untuk menghantar maklumat melalui faks,pengguna perlu memasukkan nombor faks tersebut sebanyak dua kali sekiranya nombor berkenaan tidak sama,maka Pixma E600 akan membatalkan penghantaran secara automatik,''katanya.
Selain dilengkapi bersama kelebihan tersebut,keselamatan faksimile dan aplikasi Auto Document Feeder(ADF) secara berintegrasi.
ADF merupakan aplikasi utama yang menjadi perhatian bagi pencetak ini di mana ia mampu menampung sehingga 30 helai dokumen pada satu-satu masa membolehkan penggunanya melakukan lebih banyak kerja  lain pada masa yang sama.
Antaranya seperti melakukan salinan dan imbasan pada peringkat yang tinggi dan pada masa yang sama mampu menjimatkan masa.
Dalam pada itu,kehabisan dakwat ketika sedang mencetak dalam kuantiti yang banyak pasti mengecewakan.Untuk mengatasi permasalahan tersebut,Pixma E600 dilengkapi dakwat hitam berkapasiti tinggi yang mampu mencetak sehingga 800 helai untuk satu-satu masa pengisian.
Malah dengan konsep rekaan Fast Front,pengguna juga mampu menukar katrij dakwat dengan lebih pantas dan ringkas sekali gus mampu menjimatkan masa.
Sama seperti Pixma E500,siri terbaru itu masih menggunakan teknologi FINE (Fukk-photolithography Inkjet Nozzle Engineering) untuk menghasilkan titisan dakwat yang lebih halus (mikroskopik) biar pun untuk mencetak imej berkualiti tinggi.
Teknologi FINE merupakan sistem hibrid yang telah diperbaharui dengan mengintegrasikan pencelup yang mampu menghasilkan gred warna yang cantik serta pikmen dakwat hitam yang halus menghasilkan cetakan yang lebih jelas dan tajam.
Melalui teknologi tersebut,pencetak PIXMA E600 mampu mencetak gambar dan dokumen pada kualiti yang tertinggi.Selain itu,sistem ChromaLife 100 yang digabungkan bersama kepala pencetak FINE dan pencelup dakwat Canon serta kertas gambar Canon asli menghasilkan cetakan gambar yang mampu bertahan sehingga 100 tahun lamanya!
Gambar yang dicetak menggunakan sistem tersebut adalah lebih berdaya kepada dedahan cahaya,gas,kelembapan dan keadaan suhu yang tinggi.
Pixma E600 telah berada di pasaran sejak bulan lepas dan dijual pada kadar harga RM598 setiap unit





Sunday 22 April 2012

LAWATAN KE ASWARA

Pada hari khamis yang lepas,saya berpeluang mengikuti program Lawatan Sambil Belajar ke Aswara.Program ini dianjurkan oleh JAKSA kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob.Seawal jam 6.30 pagi kami berkumpul dan seterusnya bertolak ke Aswara.Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Aswara.Aswara merupakan sebuah universiti yang hanya menawarkan program yang berkaitan kebudayaan sahaja seperti teater,tarian,muzik dan lakonan.Kami berpeluang melawat keseluruhan kawasan di Aswara di samping melihat latihan-latihan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Aswara.Pada sebelah malam pula,kami berpeluang menonton teater Endeng Tejeli yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar di Aswara.Kami bertolak pulang ke UKM pada jam 11 malam.

Gambar-gambar yang sempat diambil

Menonton latihan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Aswara


 Salah satu watak yang terdapat dalam pementasan teater Endeng Tejeli

Tuesday 17 April 2012

HARI YANG MENDEBARKAN

Hari ini merupakan hari yang sangat berdebar-debar dalam diri saya kerana hari ini saya ada 2 exam iaitu kuiz untuk subjek Aplikasi Komputer dan Information Sharing bagi Academic Communication.Tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Pada hujung minggu ini juga saya akan menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Makroekonomi dan Pengantar Pemasaran.Saya harap saya dapat buat dengan baik.Insyallah....

Wednesday 11 April 2012

ASCEND D



MELAYARI dunia komunikasi kini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis telefon pintar, Huawei sebagai sebuah syarikat peneraju sistem telekomunikasi turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan produknya. Terbaru, Huawei memperkenalkan telefon pintar Ascend D yang terpantas di dunia. Dijana oleh pemproses K3V2 quad-core 1.2GHz/1.5GHz daripada Huawei dan dipadankan bersama skrin seluas 4.5 inci, Ascend D dilihat mampu menarik hati peminat gajet yang memiliki pelbagai aplikasi. Menurut Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu, pihaknya banyak menerima maklum balas daripada orang ramai yang memerlukan sebuah telefon pintar yang memiliki kelebihan dari segi kelajuan pemproses, bateri yang dapat bertahan lama, visual berkualiti tinggi dan kompak. "Apa yang pasti Ascend D mampu memenuhi semua kriteria tersebut dan pada januari lalu, pihak Huawei telah menerima anugerah untuk model Huawei Ascend P1 S di Pameran Peralatan Elektronik untuk pengguna bagi kategori telefon pintar ternipis di dunia. "Ascend D quad memiliki skrin sesentuh pada kadar definisi 720p dan dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik mampu memberikan paparan yang jelas dan terang biarpun berada di bawah terik mentari. dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik," katanya. Ia juga dilengkapi bersama teknologi suara Dolby 5.1 Surround Sound and Audience EarSmart™ untuk pengalaman mendengar lagu yang sebenar. Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi bersama kamera pandangan belakang 8 dan 1.3 megapiksel bagi pandangan hadapan serta rakaman video penuh HD 1080p. Dengan ketebalan hanya 8.9 milimeter (mm) dan panjang 64 mm, Ascend D membuktikan peranti yang terbaik tidak semestinya bersaiz yang besar. Ia memiliki kerangka yang nipis di samping ringan, kompak dan skrin seluas 4.5 inci menjadikan 'kehadiran' Ascend D seolah-olah tidak terasa. Bagaimana sekali pun hebat rekaan luarannya ternyata apa yang perlu atau penting dititik beratkan adalah sistem operasinya dan Ascend D dijana oleh Android 4.0. Seterusnya Ascend D turut dikeluarkan bersama siri antaranya adalah Ascend D quad XL dan Ascend D1. Ascend D quad XL didatangkan bersama saiz setebal 10.9 mm, bateri 2500mAh yang mana mampu bertahan selama dua hingga tiga hari secara berterusan dalam penggunaan yang normal. Manakala Ascend D1 dijana oleh CPU 1.5 GHz dual-core dan bateri 1670mAh dan kedua-dua siri tersebut boleh diperolehi di China, Australia, Eropah, Asia Pasifik, Utara dan Selatan Amerika Syarikat juga di Timur Tengah bermula bulan ini.

Monday 9 April 2012

ASSIGNMENT POWERPOINT

ASSIGNMENT EXCEL

7 PESAING I PAD





KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.

Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini.
Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad terbaru ini.


Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dipaparkan:

ASUS PADFONE

GAJET hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.

SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1 
TABLET ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.

Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.

TOSHIBA EXCITE X10

TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.

LENOVO IDEAPAD S2

TABLET ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.

ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

TABLET ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.

LG OPTIMUS PAD LTE

TABLET ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.

SONY TABLET P

TABLET ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE. 

Friday 6 April 2012

MAJLIS ANUGERAH DEKAN

Semalam telah diadakan majlis Anugerah Dekan bagi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP) di Dewan Tun Abdullah Muhammad Salleh(DTAMS).Seramai 43 orang pelajar bisnes tahun 1 yang berjaya memperolehinya.Alhamdulillah,saya salah seorang daripadanya.Syukur ke hadrat Allah dengan berkat sokongan keluarga dan kawan-kawan,saya berjaya memperolehinya.Insyallah saya akan mengekalkannya pada semester-semester yang akan datang.
Sijil yang diperoleh
Bersama sijil yang diperoleh


Wednesday 4 April 2012

PRESENTATION POWERPOINT

Semalam saya ada presentation aplkasi komputer.1 kumpulan 2 orang.Partner saya ialah Ekin.Kitorang kene present tajuk 'Advantages and Disadvantages of Sosial Networking'.Kami juga diminta untuk membuat video pengenalan diri dan berkaitan tajuk yang dibuat.Kitorang sampai kelas lambat sikit semalam.Sampai-sampai kelas je,baru duduk sekejap,nama dah kene panggil untuk present.Terperanjat kitorang.Kitorang baru nak cuba buka video dekat makmal komputer.Tapi tak sempat.Bila dah ada kat depan,video kitorang tak boleh buka.Sedih dan kecewa pada masa itu.Nak buat macam mana kan?Dah bukan rezeki kami.Pasrah je lah.Lepas itu,kitorang present je apa yang ada.Lecturer tak ada comment apa-apa pun berkaitan presentation kami.

Sunday 1 April 2012

HUAWEI HONOR

Gergasi telekomunikasi China yang juga pengedar perkakasan infrastruktur telekomunikasi kedua terbesar dunia selepas Ericsson, menyertai persaingan dalam segmen telefon pintar Android dengan model baru yang berdaya saing. Telefon pintar yang dinamakan Huawei Honor ini mendapat maklum balas positif daripada pengguna dan pengkritik apabila ia bukan saja menepati kualiti sebuah telefon pintar tetapi juga lebih baik berbanding telefon lain dalam kelasnya. Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB. Spesifikasi ini mungkin tidak meletakkan ia sebagai gajet mudah alih premium tetapi komponen utama yang digunakan adalah sama dengan beberapa produk telefon pintar jenama terkenal di pasaran ketika ini. Kepantasannya melancarkan pelbagai tugasan atau aplikasi secara serentak adalah memuaskan bagi sebuah telefon pintar yang dipacu prosesor teras tunggal. Daripada muat turun atau muat naik data sehinggalah menonton video berdefinisi tinggi menggunakan sambungan WiFi atau rangkaian 3G, semua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik. Huawei memberi penekanan kepada aspek paparan telefon pintar ini. Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar. Kualiti paparan seperti ini tidak jauh bezanya dengan paparan telefon pintar lain di pasaran. Namun, kualitinya masih boleh ditingkatkan untuk membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya kepuasan tontonan. Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP. Huawei Honor mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi dengan 720p. Reka bentuk telefon pintar ini menerapkan sentuhan elemen kaca yang eksklusif dengan binaan nipis 10.9 milimeter dan berat sekitar 140 gram. Secara keseluruhan, Huawei Honor adalah model telefon terbaik dalam kelasnya yang menawarkan kualiti melebihi harga yang ditawarkan iaitu RM1,099.