Friday 18 May 2012

ICONIA TAB A200


Dari segi reka bentuk luarannya,tablet Iconia Tab A200 tampil dengan ciri melengkung pada setiap penjuru.
Bahagian belakang yang menggunakan bahan getah lembut menjadikannya ia mudah dipegang dan tidak meningglkan kesan cap jari.
Di sebalik kepekaan Acer menghasilkan komputer tablet dengan reka bentuk ringkas dan mudah digunakan,Iconia Tab A200 dengan ketebalan 17 milimeter agak berat iaitu pada timbngan 715 gram dan boleh mengakibatkan tangan lenguh apabila dipegang terlalu lama.
Namun,paparan yang berukuran 10.1 inci menjadikan tontonan fail video pengalaman menyeronokkan khususnya ketika anda sedang mengembara.
Pada resolusi piksel 1280 x 800 dengan ciri definisi tingga 1080p,Iconia Tab A200 boleh diklasifikasikan sebagai teman perniagaan anda kerana peranti ini mampu melakukan persembahan multimedia yang baik kepada pelanggan.
Tablet Acer ini juga didatangkan bersama perisian khas seperti sistem mengunci skrin dan hab penanda alamat laman web yang sering dilawati.
Sistem kamera A200 pula dilengkapi dengan ciri 2 megapiksel termasuk kamera depan.Bagaimanapun, sedikit mengecewakan kerana ia tidak dilengkapi kamera belakang.
Jika dibandingkan visual video dan imej pegun,kualiti visual kelihatan lebih menonjol dan lancar,khususnya jika digunakan untuk perbualan video.
Prestasi operasi tablet amat penting bagi memastikan produk yang dimiliki mampu membantu aktiviti tugasan yang diinginkan.
Acer Iconia Tab A200 tidak mengecewakan kerana ia dilengkapi prosesor Nvidia Tegra 2 dan cip kembar dua teras 1GHz.
Dalam erti kata lain,Iconia Tab A200 adalah peranti yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan permainan video,menikmati alunan muzik dan melayari web.
Reka bentuknya yang mesra pengguna diperkukuhkan lagi dengan komponen storan MicroSD dan beberapa kekurangan boleh ditingkatkan dengan ciri nilai tambah bermutu.
Secara keseluruhan,Iconia Tab A200 adalah produk tablet biasa dan jika dibandingkan dengan iPad baru mahu pun iPad2,ia jauh ketinggalan.
Namun,tablet yang lebih murah imi mampu menjadi pembantu peribadi atau pembantu pejabat yang sangat berkesan.

No comments:

Post a Comment