Thursday, 22 March 2012

SYARAHAN PERDANA PROFESOR

Pada pagi tadi saya berpeluang untuk mendengar Syarahan Perdana Profesor yang disampaikan oleh Prof.Dr.Rahmah Ismail di Dewan Senat Bangunan Canselori.Syarahan yang disampaikan bertajuk "Modal Manusia dalam Pembangunan Ekonomi Memacu Produktiviti dan Daya Saing".Naib Canselor,Timbalan-Timbalan Naib Canselor,Ahli Senat,Dekan dan Pensyarah-Pensyarah daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP) juga hadir untuk mendengar syarahan tersebut.Pensyarah makroekonomi kami,Dr.Doris yang mengarahkan kami untuk pergi mendengar syarahan tersebut.Setibanya di sana,saya sangat teruja melihat dewan tersebut kerana pertama kali dalam hidup saya menjejakkan kaki dalam dewan seperti itu kerana dewan tersebut seperti di Parlimen yang sebelum ini saya hanya mampu melihat di dalam tv ketika dewan bersidang.Sebelum pergi,saya hanya menjangkakan kami akan mendengar syarahan tersebut di dewan yang biasa-biasa sahaja seperti yang kami masuk sebelum ini.Pelbagai input yang saya dapat berkaitan ekonomi negara kita setelah mendengar syarahan tersebut.Sebelum keluar daripada dewan tersebut,kami sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan serta sebagai bukti kami pernah masuk ke dalam dewan tersebut kerana bagi saya bukan mudah untuk masuk ke dalam dewan tersebut melainkan ada program-program seperti ini.

No comments:

Post a Comment