Monday, 30 April 2012

PERTANDINGAN RUBIC CUBE


Pada hari Ahad yg lepas bersamaan 22/4/2012,saya telah menyertai program 'Rubic Cube Competition' anjuran Kelab Pengurusan Perniagaan.Saya telah dilantik menjadi AJK Cendermata.Majlis bermula pada pukul 1 tgh hingga 5 ptg.Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang mendaftar untuk masuk ke pertandingan ini.1 jam yang pertama,setiap peserta diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menyelesaikan rubic cube tersebut.Selepas itu,pertandingan dimulakan.Kami telah membahagikan peserta kepada 3 kumpulan.Pemenang bagi setiap kumpulan akan bertandingan sekali lagi pada peringkat akhir.Pemenang diberikan hadiah berupa wang tunai dan sijil.




 MC
 AJK-AJK yang terlibat

 Bergambar bersama para peserta
 Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini

Pemenang

Wednesday, 25 April 2012

PENCETAK SEMUA DALAM SATU

Menguruskan pejabat bukan kerja mudah ditambah dengan persekitaran untuk mengendalikan pencetak terlalu kerap menambah bebanan sedia ada.
Penggunaan pencetak di sesebuah pejabat dilihat amat penting,malah boleh dianggap sebagai penggerak yang mana tanpanya pasti segala urusan pejabat akan tergendala.
Menyedari pentingnya sesebuah pencetak,Canon yang juga peneraju dalam teknologi pencetakan menawarkan pencetak versi baru yang lebih berkesan dalam melaksanakan pelbagai tugasan.
Dikenali sebagai Pixma E600,ia merupakan antara versi terbaru bagi pencetak terkenal Canon iaitu Pixma E500 semua dalam satu.
Menurut Pengarah Jabatan Sistem Produk Pelanggan,Canon Marketing (Malaysia) Sdn.Bhd,Donny Ling,model terbaru itu memiliki lebih banyak kelebihan berbanding siri sebelumnya.
''Selain mencetak,Pixma E600 juga mampu menghantar faks,dengan sedikit kelebihan padanya iaitu pencetak berkenaan mampu melindungi dokumen sulit sekiranya tersalah faks melalui aplikasi khas yang dibina.''Untuk menghantar maklumat melalui faks,pengguna perlu memasukkan nombor faks tersebut sebanyak dua kali sekiranya nombor berkenaan tidak sama,maka Pixma E600 akan membatalkan penghantaran secara automatik,''katanya.
Selain dilengkapi bersama kelebihan tersebut,keselamatan faksimile dan aplikasi Auto Document Feeder(ADF) secara berintegrasi.
ADF merupakan aplikasi utama yang menjadi perhatian bagi pencetak ini di mana ia mampu menampung sehingga 30 helai dokumen pada satu-satu masa membolehkan penggunanya melakukan lebih banyak kerja  lain pada masa yang sama.
Antaranya seperti melakukan salinan dan imbasan pada peringkat yang tinggi dan pada masa yang sama mampu menjimatkan masa.
Dalam pada itu,kehabisan dakwat ketika sedang mencetak dalam kuantiti yang banyak pasti mengecewakan.Untuk mengatasi permasalahan tersebut,Pixma E600 dilengkapi dakwat hitam berkapasiti tinggi yang mampu mencetak sehingga 800 helai untuk satu-satu masa pengisian.
Malah dengan konsep rekaan Fast Front,pengguna juga mampu menukar katrij dakwat dengan lebih pantas dan ringkas sekali gus mampu menjimatkan masa.
Sama seperti Pixma E500,siri terbaru itu masih menggunakan teknologi FINE (Fukk-photolithography Inkjet Nozzle Engineering) untuk menghasilkan titisan dakwat yang lebih halus (mikroskopik) biar pun untuk mencetak imej berkualiti tinggi.
Teknologi FINE merupakan sistem hibrid yang telah diperbaharui dengan mengintegrasikan pencelup yang mampu menghasilkan gred warna yang cantik serta pikmen dakwat hitam yang halus menghasilkan cetakan yang lebih jelas dan tajam.
Melalui teknologi tersebut,pencetak PIXMA E600 mampu mencetak gambar dan dokumen pada kualiti yang tertinggi.Selain itu,sistem ChromaLife 100 yang digabungkan bersama kepala pencetak FINE dan pencelup dakwat Canon serta kertas gambar Canon asli menghasilkan cetakan gambar yang mampu bertahan sehingga 100 tahun lamanya!
Gambar yang dicetak menggunakan sistem tersebut adalah lebih berdaya kepada dedahan cahaya,gas,kelembapan dan keadaan suhu yang tinggi.
Pixma E600 telah berada di pasaran sejak bulan lepas dan dijual pada kadar harga RM598 setiap unit





Sunday, 22 April 2012

LAWATAN KE ASWARA

Pada hari khamis yang lepas,saya berpeluang mengikuti program Lawatan Sambil Belajar ke Aswara.Program ini dianjurkan oleh JAKSA kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob.Seawal jam 6.30 pagi kami berkumpul dan seterusnya bertolak ke Aswara.Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Aswara.Aswara merupakan sebuah universiti yang hanya menawarkan program yang berkaitan kebudayaan sahaja seperti teater,tarian,muzik dan lakonan.Kami berpeluang melawat keseluruhan kawasan di Aswara di samping melihat latihan-latihan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Aswara.Pada sebelah malam pula,kami berpeluang menonton teater Endeng Tejeli yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar di Aswara.Kami bertolak pulang ke UKM pada jam 11 malam.

Gambar-gambar yang sempat diambil

Menonton latihan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Aswara


 Salah satu watak yang terdapat dalam pementasan teater Endeng Tejeli

Tuesday, 17 April 2012

HARI YANG MENDEBARKAN

Hari ini merupakan hari yang sangat berdebar-debar dalam diri saya kerana hari ini saya ada 2 exam iaitu kuiz untuk subjek Aplikasi Komputer dan Information Sharing bagi Academic Communication.Tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Pada hujung minggu ini juga saya akan menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Makroekonomi dan Pengantar Pemasaran.Saya harap saya dapat buat dengan baik.Insyallah....

Wednesday, 11 April 2012

ASCEND D



MELAYARI dunia komunikasi kini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis telefon pintar, Huawei sebagai sebuah syarikat peneraju sistem telekomunikasi turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan produknya. Terbaru, Huawei memperkenalkan telefon pintar Ascend D yang terpantas di dunia. Dijana oleh pemproses K3V2 quad-core 1.2GHz/1.5GHz daripada Huawei dan dipadankan bersama skrin seluas 4.5 inci, Ascend D dilihat mampu menarik hati peminat gajet yang memiliki pelbagai aplikasi. Menurut Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu, pihaknya banyak menerima maklum balas daripada orang ramai yang memerlukan sebuah telefon pintar yang memiliki kelebihan dari segi kelajuan pemproses, bateri yang dapat bertahan lama, visual berkualiti tinggi dan kompak. "Apa yang pasti Ascend D mampu memenuhi semua kriteria tersebut dan pada januari lalu, pihak Huawei telah menerima anugerah untuk model Huawei Ascend P1 S di Pameran Peralatan Elektronik untuk pengguna bagi kategori telefon pintar ternipis di dunia. "Ascend D quad memiliki skrin sesentuh pada kadar definisi 720p dan dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik mampu memberikan paparan yang jelas dan terang biarpun berada di bawah terik mentari. dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik," katanya. Ia juga dilengkapi bersama teknologi suara Dolby 5.1 Surround Sound and Audience EarSmart™ untuk pengalaman mendengar lagu yang sebenar. Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi bersama kamera pandangan belakang 8 dan 1.3 megapiksel bagi pandangan hadapan serta rakaman video penuh HD 1080p. Dengan ketebalan hanya 8.9 milimeter (mm) dan panjang 64 mm, Ascend D membuktikan peranti yang terbaik tidak semestinya bersaiz yang besar. Ia memiliki kerangka yang nipis di samping ringan, kompak dan skrin seluas 4.5 inci menjadikan 'kehadiran' Ascend D seolah-olah tidak terasa. Bagaimana sekali pun hebat rekaan luarannya ternyata apa yang perlu atau penting dititik beratkan adalah sistem operasinya dan Ascend D dijana oleh Android 4.0. Seterusnya Ascend D turut dikeluarkan bersama siri antaranya adalah Ascend D quad XL dan Ascend D1. Ascend D quad XL didatangkan bersama saiz setebal 10.9 mm, bateri 2500mAh yang mana mampu bertahan selama dua hingga tiga hari secara berterusan dalam penggunaan yang normal. Manakala Ascend D1 dijana oleh CPU 1.5 GHz dual-core dan bateri 1670mAh dan kedua-dua siri tersebut boleh diperolehi di China, Australia, Eropah, Asia Pasifik, Utara dan Selatan Amerika Syarikat juga di Timur Tengah bermula bulan ini.